Tuesday, February 23, 2010

rumusan penulisan akademik

sungguhpun perang-perang yang berlaku telah membawa pelbagai bencana,fenomena dan kesan buruk terhadap sistem politik antarabangsa dan dunia kita mestilah meneliti fenomena atau kejadian yang khusus daripada perang tersebut terhadap sistem politik negara-negara yang terlibat.namun demikian, kesan-kesan perang yang melanda poltik antarabangsa perlu di cari jalan penyeleaiannya,bukan hanya terhadap negara-negara yang terlibat tetapi terhadap negara yang tidak terlibat juga harus berusaha mencari jalan perdamaian melalui cara diplomasi.dalam menyelesaikan perkara tersebut kekerasan dan peperangan tidak seharusnya di gunakan.semua usaha untuk memahami aspek-aspek kehidupan politik yang terpisah diperingkat antarabangsa perlu difahami oleh negara-negara di seluruh dunia.diplomasi penting dalam mencapai dialog antara negara dalam hal-hal politik untuk mencegah berlakunya percanggahan pendapat yang berlaku sebelum ini antara di negara-negara yang terlibat.seperti yang di ketahui,perang -perang yang terdahulu dan pernah berlaku telah mengakibatkan banyak kemusnahan.hal ini telah mengambil masa untuk proses pembangunan semula sesebuah negara sama ada dari segi,ekonomi,sosialdan politik antarabangsa amnya..bagaimanapun,kita perlu mencari pendekatan-pendekatan yang strategik dalam menangani masalah ini.

No comments:

Post a Comment