Monday, February 22, 2010

kesan perang terhadap politik

Peperangan yang berlaku juga telah memberikan kesan yang cukup penting iaitu masyarakat Asia terpaksa menandatangani perjanjian. Perjanjian-perjanijian yang ditandatangani telah menyebabkan masyarakat Asia kehilangan wilayah-wilayah dan tanah jajahan. Hak milik mereka tela dirampas oleh kuasa-kuasa asing. Sebagai contoh kesan daripada peperangan Inggeris-Burma, perjanjian Yandabo telah ditandatangani. Akibatnya masyarakat Burma kehilangan hak keatas tanah dan wilayah sehinggalah Perang Inggeris-Burma ketiga ( 1855-1856 ) yang mengakibatkan seluruh Burma ditakluk oleh Inggeris. Begitu juga kesan perang Jepun-China ( 1894-1895 ) yang mengakibatkan kuasa imperialis menjadikan negara China seperti kek yang telah dibahagi-bahagikan sesama mereka. Berdasarkan bukti tersebut jelaslah peperangan hanya menyebabkan masyarakat di negara-negara Asia kehilangan kuasa. Ini keran perjanjian yang ditandatangani antara mereka hanyalah mengenyangkan golongan penjajah sebaliknya masyarakat Asia terus menahan kelaparan.

Dalam aspek polotik juga, peperangan yang telah berlaku meyebabkan segelintir negara Asia mengubah dasar dan pemikiran untuk kepentingan polotik antaranya ialah Siam dan Jepun. Di Siam pada permulaannya melaksanakan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu sejak abad ke 17 terhadap penjajah barat. Walaupun raja Rama II (1808-1825) dan Rama III ( 1825-1852 ) menjalinkan hubungna dengan kuasa barat seperti Inggeris dan Perancis melalui perjanjnian seperti perjanjian Burney. Siam tetap menghadkan segala hubungan dengan barat , sehingga meyebabkan kuasa barat merasa tertekan. Raja Rama III merasa curiga keatas niat dan takut akan memberi kesan politik dan sosial seperti yang berlaku di negara Asia lain yang menagmbil dasar buka pintu. Namun demikian Raja Rama III iaitu Raja Mongkut ( 1852-1868 ) mengambil keputusan untuk membuka pintu perdagangan kepada dunia barat. Baginda bertindak demikian keran melihat situasi kuasa barat yang menggunakan dasar kekrasan untuk menjajah negara-negara Asia yang enggan membuka pintu. Baginda sedar jika mahu mengekalkan kemerdekaan Siam , dasar pintu tertutup harus di tamatkan dan negara Siam dibuka kepada hubungan perdagangan dan diplomatik barat. Antara langkah baginda ialah dengan menandatangani satu perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan barat iaitu perjanjian Bowring pada 18 April 1853.



Selain itu juga, melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara kuasa barat dengan negara Asia telah menyebabkan negara Asia terpaksa menerima penasihat dari barat untuk membantu sistem pentadbiran negara-negara Asia.contonya boleh dilihat di negara Burma, setelah kekalahan Burma keatas British sebanyak tiga kali. British telah mengambil alih pentadbiran Burma dan menempatkan seorang resident British dan melantik seorang duta Burma ke Calcutta. Begitu juga di Vietnam, pentadbiran perancis telah meletakkan seorang penasihat di vietnam. Ini telah mencabar kedaulatan negara-negara Asia.

Manakala jika dilihat daripada aspek akonomi, kebanyakan masyarakat Asia telah banyak menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Peperangna yang meletus telah meragut banyak jiwa. Malahan wabak penyakit pula yang datang mengundang akibat kekurang sumber makanan yang berzat. Ditambah pula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi. Contohnya di Indonesia bagi menjana semula ekonomi di sini, kerajaan Belanda telah memansuhkan undang-undang pembatalan kontrak sewa tanah dan memperkenalkan sistem tanaman paksa yang jelas manunjukkan penindasan masyarakat Asia oleh penjajah. Ternyata tindakan Belanda ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja sedangkan masyarakat terus melarat.

Kekalahan negara-negara Asia keatas kuasa barat juga telah meyebabkan negara barat mengambil tindakan sesukahatinya dengan memaksa negara Asia membayar ganti rugi sebagai pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung semasa peperangan. Di Burma, pihak Inggeris telah memaksa Burma supaya membayar pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris. Di China pula semasa perang candu berlaku, pihak Inggeris telah banyak kerugian akibat tindakan China yang merampas candu daripada Inggeris. Kekalahan China keatas Inggeris dalam perang candu telah memberi kesempatan kepada Inggeris untuk memaksa China untuk membayar ganti rugi keatas candu yang dirampas. Begitu juga kekalahan China keatas British, dalam perang British-China telah memaksa China membayar ganti rugi kepada British dan Perancis. Ini telah merugikan pihak China dam pemberontakan Boxer, ini juga telah dipaksa oleh British supaya membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael dan jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan. Ini menyebabkan ekonomi China mengalami kemelesetan yang teruk dan dikuasai orang asing sahaja.

No comments:

Post a Comment