Sunday, November 14, 2010

adl

Korea Selatan mula mengambil langkah tindak balas semalam dengan menghentikan perdagangan, menyambung semula propaganda perang dan mengharamkan kapal kargo Korea Utara. Ia dilihat sebagai tindakan paling keras yang dilaksanakan selain ketenteraan.

AS menegaskan bukti Korea Utara bersalah adalah sangat jelas dan menyokong langkah yang diambil Korea Selatan, namun China selaku sekutu penting Pyongyang masih meragui bukti dan tidak banyak melakukan apa-apa selain meminta semua pihak bertenang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm-

Amerika dan Korea Selatan setuju kembali membicarakan isu perdagangan bebas yang macet dan menunda rencana Seoul mengambil kendali operasi penuh atas militernya pada masa perang.

Setelah pertemuan pada hari Sabtu dengan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak di KTT G-20 di Toronto, Presiden Amerika Barack Obama mengatakan ia ingin menyelesaikan isu-isu yang masih tersisa mengenai kesepakatan perdagangan bebas sebelum KTT G-20 berikutnya pada bulan November.

Obama mengatakan akan menyerahkan rancangan itu ke Kongres beberapa bulan sesudahnya.

Kedua pemimpin juga setuju menunda sampai tahun 2015 perpindahan kendali dari Washington atas pasukan Korea Selatan pada masa perang, guna memperkuat rencana perpindahan tersebut.

Lee dan Obama juga mengatakan mereka akan melakukan apapun untuk menekan tindakan agresi Korea Utara, menyusul tenggelamnya sebuah kapal perang Korea Selatan yang menurut Amerika dan Korea Selatan, dilakukan oleh Korea Utara.

-http://www.voanews.com/indonesian/news/Amerika-dan-Korea-Selatan-Perkuat-Hubungan-97256294.html

adl as-ks

Korea Selatan yang dikejutkan dengan serangan ke atas kapal selam miliknya Mac lalu, mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran bagi menghalang serangan kapal selam Korea Utara daripada berulang.Latihan itu mendapat sokongan jeneral Amerika juga bertujuan memberi amaran keras kepada Pyongyang.Pihak berkuasa tentera laut berkata, dalam latihan sehari yang diadakan di barat daya Korea Selatan, 10 kapal perang termasuk kapal pemusnah seberat 3,500 tan, melepaskan tembakan meriam dan menggugurkan bom antikapal selam bagi meningkatkan kesediaan menangkis sebarang ancaman.

Korea Selatan turut merancang dua latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Julai depan bagi menunjukkan kekuatannya untuk menghalang tindakan agresif Korea Utara.
Panglima kepada 28,500 tentera Amerika di Korea Selatan, Jeneral Walter Sharp, berkata Washington, Seoul dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan ‘meningkatkan usaha menentang dan membanteras ancaman yang timbul’.
-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seoul_Pyongyangterusgaduhisukapalperang/Article/index_html

adl-as-ks

Korea berpengalaman dijajah oleh Amerika Syarikat sementara Malaysia dijajah oleh Siam, Portugal, Belanda, Jepun dan terakhir oleh Britain. . Korea Selatan dianggap sebagai negara yang termaju di Asia.
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_Korea_Selatan_-_Malaysia
Memang ada ketegangan antara Amerika dan China terutama mengenai isu Taiwan, Tibet dan hak asasi. China begitu marah dan menentang latihan bersama angkatan laut yang dikendalikan Amerika dengan Korea Selatan. Ini berlaku selepas Korea Selatan menuduh jiran utaranya menenggelamkan kapal perangnya, Cheonan, pada Mac lalu - 46 kelasi terbunuh
-http://cyberita.asia1.com.sg/mkomentar/story/0,6879,173084,00.html
Sejak kebelakangan ini, banyak inisiatif diambil untuk mengurangkan konflik yang berlaku di rantau Asia Timur (yang melibatkan China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun dan entiti Taiwan yang wujud sebagai sebuah kerajaan).

Lebih menggemparkan apabila beberapa hari lepas Korea Utara sekali lagi mengumumkan bahawa ia berjaya menjalankan ujian nuklear bawah tanah yang dilihat bakal mencetuskan krisis di rantau tersebut apabila negara-negara seperti Korea Selatan dan Jepun serta Amerika Syarikat (AS) melihatnya sebagai ancaman utama kepada negara tersebut
Ini dapat dilihat melalui pewujudan Rundingan Enam Hala dan penubuhan Rundingan Asia-Eropah (ASEM). Selain itu, negara-negara ASEAN turut mengambil inisiatif mengurangkan masalah ini melalui platform Forum Serantau ASEAN (ARF) dan juga Sidang Kemuncak Asia Timur dengan harapan segala isu yang berlaku ini dapat dibawa ke meja rundingan.

Usaha-usaha membawa keamanan ini merupakan satu usaha murni negara-negara di dunia bagi membawa keamanan yang berkekalan di rantau ini.

Walaupun usaha-usaha ini telah dan sedang berjalan, perlu diingat bahawa keamanan di rantau itu pastinya mengambil satu jangka masa yang panjang untuk dicapai.

Oleh itu, bagi penulis dalam mencapai matlamat keamanan yang diusahakan selama ini, masyarakat antarabangsa perlu terlebih dahulu memahami ciri-ciri dan tradisi konflik yang wujud di rantau ini sejak lama dahulu sehinggalah ke hari ini.

Dengan memahami tradisi ini, maka usaha-usaha ini diharapkan akan dapat mencari jalan menyelesaikan masalah yang berlaku di rantau ini. Antara ciri dan tradisi berkonflik mewarnai sistem politik antarabangsa di Asia Timur sehingga ke hari ini adalah seperti berikut;

Pertama, ketiadaan satu sistem keselamatan yang bersifat menyeluruh kecuali perjanjian dua hala (bilateral) yang ditandatangani di antara negara-negara yang terbabit dan bersifat Collective Defence (berbeza dengan pendekatan Collective Security yang digunapakai dalam konteks Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Ini dapat dilihat melalui pakatan ketenteraan yang wujud di antara Amerika-Korea Selatan, Amerika-Jepun, Korea Utara-Soviet dan sebagainya
Melalui pakatan-pakatan ketenteraan yang bersifat Collective Defence ini, ia melihat ancaman daripada pihak lain tetap wujud dan oleh itu setiap pakatan akan berusaha meningkatkan kemampuan ketenteraan mereka.

Di samping itu, perlu juga diakui bahawa walaupun terdapat kerjasama yang bersifat multilateral di rantau ini, namun ia bersifat sementara dan hanya diwujudkan sekiranya terdapat isu-isu yang berbangkit.

Contoh yang paling utama kepada hal ini adalah penubuhan Rundingan Enam Hala yang melibatkan negara-negara seperti Korea Utara, Korea Selatan, China, Jepun, Rusia dan AS bersabit dengan isu yang berlaku di Semenanjung Korea.

Kedua, rantau ini mempunyai sejarah konflik yang panjang terutamanya berkait dengan hubungan China-Jepun, China-Taiwan, Korea Utara-Korea Selatan dan sebagainya yang setiap satunya mempunyai sejarah hitam yang mampu mengundang masalah yang besar.

Hubungan yang berkonflik ini dicirikan oleh beberapa isu besar misalnya isu Perang Dunia Kedua, pertikaian pulau-pulau, interpretasi sejarah dan sebagainya yang bertambah memburukkan keadaan.

Latihan ketenteraan Amerika-Jepun dan Amerika-Korea Selatan misalnya yang hampir diadakan setiap tahun merupakan contoh kepada hal ini. Selain itu, China dan Rusia juga telah beberapa kali menjalankan latihan ketenteraan misalnya pada tahun 2005.

Walaupun, isu latihan ketenteraan ini dianggap sebagai isu kecil, namun ia perlu dilihat berhati-hati kerana ia mampu mengundang persepsi 'ancaman' oleh negara lain.

Keempat, wujudnya negara-negara komunis iaitu China dan Korea Utara yang mempunyai pengaruh yang kuat di rantau ini dan secara tidak langsung meneruskan tradisi Perang Dingin yang telah tamat di seluruh dunia.

Malahan tradisi berkonflik yang berlaku semasa Perang Dingin masih berterusan di rantau ini dan menjadi bertambah buruk apabila sering berlaku provokasi antara negara. Contoh yang jelas adalah pencerobohan kapal selam Korea Utara di Korea Selatan dan pencerobohan kapal selam China berhampiran Okinawa, Jepun.

Begitu juga halnya apabila negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan sering melakukan aktiviti provokasi ke atas negara komunis ini menjadikan hubungan bertambah tegang
Kelima, kehadiran AS di negara-negara ini bertambah merumitkan keadaan. Penempatan ketenteraan AS di Jepun kira-kira 42,000 orang dan di Korea Selatan seramai 36,000 orang merupakan satu masalah besar yang bertambah merumitkan keadaan.

Ini kerana, penempatan itu dilihat oleh China dan Korea Utara (serta Rusia) sebagai usaha permusuhan oleh pihak AS di rantau ini. Bukan setakat itu, AS masih menempatkan Armada Ketujuh (armada terbesar AS di Lautan Pasifik) di rantau ini.

Tindakan ini dilihat oleh negara-negara lain terutamanya China sebagai usaha untuk mengekang pengaruhnya di rantau tersebut. Persepsi China ini mungkin benar berdasarkan kepada krisis Selat Taiwan 1995/96 serta tindakan AS meletakkan Armada Ketujuh di Selat Taiwan.

Keenam, tidak terdapat satu perjanjian damai yang wujud di antara Korea Utara dan Korea Selatan lanjutan daripada Perang Korea yang berlaku pada tahun 1950-1953.

Apa yang wujud hanyalah perjanjian gencatan senjata (yang ditandatangani antara Korea Utara dan AS dan bukannya oleh Korea Selatan) dan pewujudan Zon Bukan Tentera (Demilitarized Zone) yang membahagikan kedua-dua buah negara ini di garisan Garis Lintang 38 Selari.

Ini menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara ini dianggap sangat rapu dan boleh membawa kepada peperangan pada bila-bila masa sahaja.

Ketujuh trend pembangunan dan perlumbaan senjata yang berterusan di rantau ini bertambah memburukkan keadaan. Tamatnya Perang Dingin menyaksikan negara-negara di dunia berusaha mengurangkan bilangan senjata mereka.

Namun keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku di rantau Asia Timur apabila kesemua negara menjadi pembeli senjata yang utama di dunia.

-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

adl-as>korea selatan

Industri automobil Korea Selatan adalah kelima terbesar di dunia dari segi isi padu pengeluaran dan keenam terbesar dari segi isi padu eksport, walaupun Korea Selatan bermula lewat dari segi perbandingan. Sedangan operasi permulaannya cuma terdiri daripada pemasangan bahagian-bahagian yang diimport daripada Jepun dan Amerika Syarikat, kini Korea merupakan salah satu daripada negara-negara pengeluaran automobil yang termaju di dunia. Keluaran dalam negara setiap tahun melebihi sejuta unit pada tahun 1988. Pada dekad 1990-an, industri ini menghasilkan pelbagai model rekaan sendiri yang mempertunjukkan bukan sahaja keupayaan tentang reka bentuk, prestasi serta teknologi, tetapi juga merupakan tanda kematangannya.

Eksport kumulatif Hyundai ke Amerika Syarikat melebihi sejuta pada tahun 1990. Pada tahun 1992, model ScoupeTurbo menang dalam rali Panjat Bukit "Pikes Peak", dan dalam tahun 1993, Elantra dipilih sebagai "Kereta Terbaik Bagi Tahun 1993" di Australia. Model Accentnya mendapat Anugerah Pembelian Terbaik di Kanada pada tahun 1995, dan model Avantenya juga memenangi "Rali Asia-Pasifik" pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kejayaan ini, kesusahan sedang bergolak di Hyundai.


Hyundai ExcelWalaupun model Excel diterima dengan baik pada permulaan, ia memberikan Hyundai imej yang buruk sewaktu kelemahannya menjadi nyata. Dalam usaha untuk menurunkan kos, kualiti dan kebolehpercayaannya terjejas. Dengan reputasi sebegini di Amerika Syarikat, jualannya merosot dengan drastik dan peniaga-peniaganya bermula membatalkan francaisnya.

Lebih baik daripada memilih untuk keluarkan diri daripada pasaran yang terbesar di dunia, Hyundai bermula melaburkan secara besar-besaran dalam kualiti, reka bentuk, perkilangan serta penyelidikan jangka masa panjang pada tahun 1998, dan memberikan waranti sepuluh tahun ataupun 100,000 batu kepada pemilik keretanya di Amerika Syarikat. Usaha ini mencapai kejayaan kepada Hyundai, dan pada tahun 2004, ia seri dengan Honda untuk kualiti jenama permulaan, serti kedua dalam industri selepas Toyota, di sebuah tinjauan yang dijalani oleh J.D. Power and Associates.