Sunday, August 22, 2010

ucapan raya

koleksi SMS Raya yang ada orang email kpd saya. Salin jangan tak salin.

1.Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

2.Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri


3.Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

4.Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

5.Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

6.Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

7.Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

8.Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

9.Kini senja mula tiba, tanda alam jadi gelap, tiba waktu berbuka puasa, jgn lupa pelawalah saya, SLMT BRBUKA PUASA

10.I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

11.Askum, sebarkn kpd shbt muslim akan hal ini. Tlh dmaklumkn melalui internet bahawa: AIR SIRAP adalah berdosa diminum!!! ..Di siang hari Ramadhan… SELAMAT BERPUASA

12.SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i’m sending U so many SMS!!!

13.Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

14.Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

15.Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

16.RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

17.Biarpun beribu rintangan yang akan hadir, aku redha. Jiwaku terlalu rindu padamu. Tak sabar menanti kehadiranmu. Selamat datang Ramadhan, jangan tak pose tau!

Thursday, August 5, 2010

PBB AND INTERNATIONAL LAW

The concept of international law has no real meaning. It is like the understanding of 'cold war'. In terms of theory is fascinating, but its meaning can not be practically achieved. This concept is fundamentally flawed from the left, and it is not surprising if we saw the UN as effective elimination by the United States and its allies.

In fact, international law, for those of West and East who are just as religious support, which is not a law for the whole world. This is due to become international law, it must be truly universal, suitable for all nations and ideologies. However, the reality of international law that there is a law specific to the nations that are strong and in line with the views on capitalism. Apart from that, are not applicable. For example, the UN human rights conference proclaim that man has the right to freedom of expression which is basically opposed to the Islamic faith as those who curse and insult the Messenger or to do any thing contrary to the shariah, or religion will be punished.

Wednesday, August 4, 2010

pbb dan undang2 antarabangsa

Konsep undang-undang antarabangsa sebenarnya tidak mempunyai makna yang nyata. Ianya seperti kefahaman tentang ‘perang dingin’. Dari segi teorinya memang menakjubkan, tetapi secara praktikalnya maknanya tidak dapat dicapai. Konsep ini cacat dari asasnya lagi, dan adalah tidak menghairankan jika kita telah menyaksikan penyisihan PBB secara efektif oleh Amerika dan sekutunya.

Sebenarnya, undang-undang antarabangsa bagi orang-orang Barat dan orang-orang Timur adalah sama seperti mendukung agama, iaitu bukan sebagai undang-undang untuk dunia keseluruhannya. Ini kerana untuk menjadi undang-undang antarabangsa, ia mestilah bersifat sejagat, sesuai untuk semua bangsa dan ideologi. Walaubagaimanapun, realiti undang-undang antarabangsa yang wujud adalah satu undang-undang yang hanya sesuai untuk bangsa-bangsa yang kuat dan seiring dengan pandangan hidup kapitalisme. Selain daripada itu tidak diterimapakai. Sebagai contoh, persidangan hak asasi manusia PBB mewartakan bahawa manusia mempunyai hak kebebasan untuk bersuara yang mana secara asasnya bertentangan dengan aqidah Islam kerana sesiapa sahaja yang mengutuk dan menghina Rasulullah saw atau melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan shariah atau agama akan dihukum.