Monday, February 22, 2010

pengenalan penulisan akademik

politik antarabangsa menurut buku k.j hosti- politik antarabangsa, suatu rangka kerja analisis.penterjemah,hal 21 politik antarabangsa bermaksud kajian tentang dasar luaryang menunpukan perhatian pada soal menghuraikan kepentingan,tindakan dan unsur-unsurkuasa negara-negara besar dunia.oeh itu,kesan-kesan perang yang berlaku banyak mempengaruhi banyak segi terutamanya politik,ekonomi,sosial dan banyak lagi.kesan perang terutamanya dari segi politik antarabangsa telah memberi kesan yang mendalam pada sistem politik-politik dunia.dalam kajian klasik tentang perang,Quincy wright telah mengenalpasti sebanyak 278 perang telah berlaku antara tahun 1480-1941.walaupun kuasa-kuasa besar telah berjaya mengelakkan berlakunya perang termonuklear semasa memuncaknya perang dingin,keganasan antarabangsa telah meletus dengan berbagai-bagai peringkat seriusnya di hampir tiap-tiap kawasan di seluruh dunia yang menyebabkan berlakunya konflik politik antarabangsa. sejak perang dunia ke dua antara tahun 1945-1967 terdapat 82 pertempuran telah berlaku termasuk 26 perang antara negara.hal ini telah mendatangkan implikasi dan kesan antarabangsa seperti politik,ekonomi,sosial dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment