Sunday, November 14, 2010

adl-as>korea selatan

Industri automobil Korea Selatan adalah kelima terbesar di dunia dari segi isi padu pengeluaran dan keenam terbesar dari segi isi padu eksport, walaupun Korea Selatan bermula lewat dari segi perbandingan. Sedangan operasi permulaannya cuma terdiri daripada pemasangan bahagian-bahagian yang diimport daripada Jepun dan Amerika Syarikat, kini Korea merupakan salah satu daripada negara-negara pengeluaran automobil yang termaju di dunia. Keluaran dalam negara setiap tahun melebihi sejuta unit pada tahun 1988. Pada dekad 1990-an, industri ini menghasilkan pelbagai model rekaan sendiri yang mempertunjukkan bukan sahaja keupayaan tentang reka bentuk, prestasi serta teknologi, tetapi juga merupakan tanda kematangannya.

Eksport kumulatif Hyundai ke Amerika Syarikat melebihi sejuta pada tahun 1990. Pada tahun 1992, model ScoupeTurbo menang dalam rali Panjat Bukit "Pikes Peak", dan dalam tahun 1993, Elantra dipilih sebagai "Kereta Terbaik Bagi Tahun 1993" di Australia. Model Accentnya mendapat Anugerah Pembelian Terbaik di Kanada pada tahun 1995, dan model Avantenya juga memenangi "Rali Asia-Pasifik" pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kejayaan ini, kesusahan sedang bergolak di Hyundai.


Hyundai ExcelWalaupun model Excel diterima dengan baik pada permulaan, ia memberikan Hyundai imej yang buruk sewaktu kelemahannya menjadi nyata. Dalam usaha untuk menurunkan kos, kualiti dan kebolehpercayaannya terjejas. Dengan reputasi sebegini di Amerika Syarikat, jualannya merosot dengan drastik dan peniaga-peniaganya bermula membatalkan francaisnya.

Lebih baik daripada memilih untuk keluarkan diri daripada pasaran yang terbesar di dunia, Hyundai bermula melaburkan secara besar-besaran dalam kualiti, reka bentuk, perkilangan serta penyelidikan jangka masa panjang pada tahun 1998, dan memberikan waranti sepuluh tahun ataupun 100,000 batu kepada pemilik keretanya di Amerika Syarikat. Usaha ini mencapai kejayaan kepada Hyundai, dan pada tahun 2004, ia seri dengan Honda untuk kualiti jenama permulaan, serti kedua dalam industri selepas Toyota, di sebuah tinjauan yang dijalani oleh J.D. Power and Associates.

No comments:

Post a Comment