Sunday, October 10, 2010

glbalisasi

globalisasi yang sepatutnya membawa kebaikan kepada semua negara melalui pasaran terbuka, liberalisasi dan perubahan kawal selia serta perubahan teknologi, gagal meningkatkan taraf hidup majoriti penduduk dunia.
globalisasi sebenarnya memerlukan ciri-ciri kemanusiaan dengan peluang dan faedah yang dapat dikongsi secara sama rata dan lebih adiljika tiada langkah-langkah tertentu diambil untuk mengurangkan jurang yang semakin melebar di kalangan masyarakat, globalisasi akan hanya mewujudkan ancaman terhadap kesejahteraan manusia.

``Walaupun globalisasi mempunyai banyak kelebihan tetapi ia juga menyebabkan wujudnya ketidaksamarataan yang ketara dan memperlihatkan mereka yang berada mendapat lebih manfaat berbanding golongan yang kurang berada
pada tahun 1997 jurang pendapatan di antara satu perlima daripada penduduk di negara kaya dan satu perlima penduduk di negara miskin, adalah 74 kepada 1, meningkat daripada 60 kepada 1 pada tahun 1990 dan daripada 30 kepada 1 pada tahun 1960.

Katanya, ketidaksamarataan dan jurang pendapatan semakin melebar dan negara-negara kaya dan berkuasa besar nampaknya tidak mengendahkan perkara tersebut
rujukan:http://skypin.tripod.com/ekon/ekon80.html

GLOBALISASI hari ini telah menjadi semacam fenomena paling penting. Ia mendekatkan dunia melalui banyak cara perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pergerakan merentas sempadan yang semakin bebas dan rangkaian media global yang merebakInteraksi antara negara dan masyarakat juga semakin kerap dan melebar berbanding dahulu.

Aliran modal antarabangsa telah meningkat dengan banyak dengan kadar pelaburan langsung asing (FDI) meningkat tujuh kali ganda dari 1970 hingga 1990-an. Aliran modal jangka masa pendek - yang kebanyakannya mudah meruap - meningkat lebih tiga kali ganda berbanding 1980-an, dan sekarang jumlah kasarnya lebih daripada AS$2 trilion. Jumlah pelancong yang melawat negara lain juga meningkat dua kali ganda antara 1980 dan 1986, daripada 260 juta kepada 590 juta pelancong setahun.

Dan tentunya kerana teknologi yang lebih baik dan lebih murah, manusia berhubung lebih kerap dan lebih lama. Masa yang dihabiskan untuk panggilan telefon antarabangsa melonjak daripada 33 bilion minit pada 1990 kepada 70 bilion pada 1996. Dan ini belum lagi mengambil kira kesan e-mel dan Internet
Globalisasi yang sepatutnya menjadi sesuatu yang positif kepada semua negara yang seharusnya mendapat manfaat daripada pasaran bebas, liberalisasi, pembatalan kawal selia dan perubahan teknologi, telah gagal untuk meningkatkan taraf kehidupan majoriti penduduk dunia.

Dalam konteks ini, globalisasi sangat memerlukan nilai-nilai kemanusiaan. Peluang dan manfaat globalisasi perlu dikongsi dengan lebih luas dan saksama. Sekiranya tiada apa dilakukan bagi menangani jurang yang luas ini, globalisasi akan menjadi ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan manusia. Pasaran modal antarabangsa yang tidak terkawal yang menjerumuskan ekonomi Asia meninggalkan kesan sosioekonomi yang sukar dipulihkan. Kesannya, kestabilan politik yang menjadi kebanggaan rantau Asia Tenggara tidak boleh lagi dipandang ringan.

Kekurangan global begitu meluas sehingga saya bimbang di sesetengah rantau, masalah-masalah ini seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletus tetapi tidak diendahkan oleh mereka yang kaya dan berkuasa.
rujukan:http://skypin.tripod.com/rencana/renc36.html

No comments:

Post a Comment