Monday, October 4, 2010

DEMOKRASI ADA KECACATAN

Dalam bidang politik, semua negara mestilah mengamalkan ideologi "Demokrasi Liberal". Kita akui demokrasi adalah sistem pemerintahan yang terbaik yang pernah dicipta oleh manusia. Tetapi ia tidaklah bebas daripada kecacatan. Bagi mereka yang tidak faham had atau sempadan demokrasi, kemungkinannya ialah Kerajaan yang tidak berwibawa, atau yang penuh dengan korupsi akan memerintah. Kadang kala anarki di mana undang- undang tidak dapat dikuatkuasakan akan menimpa negara yang cuba mengamalkan demokrasi yang liberal.

85. Demokrasi bergantung kepada sokongan ramai. Sokongan ini boleh didapati kerana kecekapan calon dan parti dalam memerintah dan membangunkan negara. Tetapi sokongan ramai boleh juga didapati kerana sentimen perkauman, kerana sengaja menyalahtafsirkan agama atau dengan menyogok pengundi.

86. Dalam masa yang sama pengundi pula boleh menggunakan perkauman, kehendak agama kononnya, atau menuntut sogokan bagi diri sendiri atau kumpulan. Dengan ini yang menang dan menjadi Kerajaan bukanlah yang layak dan cekap, tetapi mereka yang mempunyai perasaan perkauman yang tebal atau mereka yang menyalahtafsirkan agama dan memperalatnya atau mereka yang korup. Pemerintahan oleh orang seperti ini akan merosakkan negara. Sebaliknya, parti yang cekap dan bersih daripada sogokan dan rasuah akan kalah.

87. Mungkin niat bangsa Eropah memaksa penerimaan demokrasi adalah baik dan mereka tidak merancang untuk merosakkan negara-negara membangun dengan sengaja. Mereka mungkin percaya bahawa demokrasi akan membawa kebaikan kepada negara membangun seperti ianya membawa kebaikan kepada mereka. Tetapi mereka lupa masa yang panjang yang diambil oleh mereka untuk memahami cara mendapat hasil daripada sistem ini. Rebutan kuasa dalam demokrasi dalam negara yang baru demokratik kerap menyebabkan ratusan parti politik ditubuh. Kerajaan yang berwibawa tidak mungkin ditubuhkan jika sokongan rakyat terbahagi kepada beratus parti. Tidak akan ada satu parti yang akan dapat cukup bilangan wakil untuk mendirikan Kerajaan yang berwibawa
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=757

No comments:

Post a Comment