berdasarkan teori kontrak sosial. Ia juga merupakan satu-satunya falsafah besar negara yang tidak termasuk mana-mana ideologi politik disebabkan pelbagai ideologi politik telah memasukkannya sebagai sebahagian daripada mereka sendiri. Kontrakarianisme adalah asas demokrasi moden dan juga pelbagai jenis sosialisme dan sesetengah jenis liberalisme. Dalam pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak umum, iaitu kehendak seluruh masyarakat dan cuba mengharmonikan ia dengan kehendak individu. Negara memberikan barangan awam dan pelbagai jenis lagi barangan yang dipergunakan seharian dan mengelakkan individu daripada masalah menggunakan sesuka hati dengan memaksa mereka membayar cukai.
Liberalisme dalam maksud klasik adalah berdasarkan teori hak semulajadi. Dalam maksud ini, sesetengah ataupun semua "hak" wujud secara semulajadi dan tidak diwujudkan negara. Sebagai contoh, John Locke percaya bahawa hak milikan tanah individu wujud sebelum pembentukan sesuatu negara dan tujuan utama negara adalah untuk menjaga hak ini. Secara sejarahnya, para ahli liberal menekankan apa yang negara tidak patut melakukan daripada apa yang negara patut melakukan. Falsafah liberal mengenai negara adalah apa-apa kuasa yang dimiliki negara harus dibawah hak semulajadi yang wujud secara bebas daripada minda manusia dan lebih berkuasa daripada apa-apa kontrak sosial. Akan tetapi, terdapat pertikaian diantara ahli falsafah liberal tentang apa sebenarnya merupakan hak ini. Pengkritik pula mengatakan bahawa hak-hak ini tidak wujud langsung, kerana tidak dapat diperhatikan dalam alam semulajadi.
Pada sebelah lainnya pula, terdapat juga para ahli falsafah liberal yang menerima teori kontrak. Dalam kebanyakan kes, mereka merupakan ahli politik bersayap kiri liberalisme, dengan nama panggilan ahli liberal sosial (ahli falsafah liberal "Perjanjian Baru" (New Deal); lihat Liberalisme Amerika) dan mahukan konsep negara kebajikan, berbeza dengan para libertarianis yang mahukan negara "minima". Kenaikan dominasi koperat keatas masyarakat dalam abad ke-20 menjadi elemen baru dalam apa yang dipercayai semua tentang apa yang negara harus lakukan untuk melindungi hak awam.
Falsafah Marxisme mengenai negara adalah berdasarkan teori konflik - secara spesifiknya idea konflik klas. Dalam maksud ini, peranan utama negara dalam pengamalan adalah untuk menguatkuasakan sistem kini dimana harta dan tanah dibahagikan secara tidak saksama, dan pengawalan oleh klas tertentu termasuk pengambilan kesempatan. Negara juga menjadi agen tengah dalam pelbagai jenis konflik sosial, dan menjadi sumber keadaan infrustruktur sosial untuk masyarakat keseluruhannya. Dalam sistem feudalisme umpamanya, para bangsawan mengunakan kekuatan ketenteraannya sendiri untuk mengeksploitasi vassal mereka. Dibawah kapitalisme pula, penggunaan kuasa dipusatkan dibawah satu organsisasi khas yang melindungi monopoli klas kapitalis keatas sumber alam, dan memberikan eksploitasi keatas mereka yang tidak mempunyainya. Dalam teori Marxis moden, dominasi klas juga boleh bercanggah dengan beberapa dominasi lain seperti patriaki dan etnik.
Tambahan pula dalam teori Marxis, para klas-klas dan semua jenis pengambilan kesempatan perlu dimusnahkan dengan menubuhkan sistem sosialis dengan diikuti sistem komunis. Tujuan terakhir komunisme adalah satu masyarakat yang tidak berklas, tidak mempunyai tanah dan tidak bernegara iaitu keadaan sama rata; akan tetapi, sosialisme masih mengekalkan hak milikan tanah peribadi sebagai sesuatu yang demokratik. Maka, Marxisme menentang konsep negara berdasarkan teori konflik tetapi tidak mahu memansuhkan negara secara terus. Maka terdapat sedikit pertindanan antara Marxisme dengan kontrakarianisme: negara sosialis yang para Marxis mahukan dalam rancangan jangka pendek mereka adalah berdasarkan satu kontrak sosial. Negara ini kemudiannya haruslah berunsur-unsur "hilang" semasa demokrasi terus mengambil-alih demorasi perwakilan. Selepas prosesnya selesai, orde baru komunis telah dicapai dan negara tidak wujud secara berasingan daripada rakyatnya.
Dalam pemikiran konservatif yang berdasarkan kuasa besar semulajadi, struktur kini dimana tradisi dan hierarki klas, patriaki, dominasi etnik, etc.) dilihat sebagai membawa kebaikan kepada semua. Pendek kata, ia berasaskan idea bahawa pengamalan perkara tradisi adalah baik dan seharusnya dikekalkan. Maka, para ahli konservatif menerima sesetengah idea daripada liberalisme dan Marxisme, tetapi melihatnya dalam konteks berbeza: negara memaksa rakyat menerima klas dan pelbagai dominasi lainnya, tetapi ini dilihat sebagai perlu demi kebaikan mereka. Kepercayaan ini berdasarkan bahawa keadaan ini terbukti berjaya secara dahulu lagi. Tambahan pula, sebagaimana para liberalis, negara telah sekian lama wujud dan "semulajadi". Ramai para ahli falsafah konservatif mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan teori hak semulajadi, terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini.
Dalam pemikiran anarki pula, negara adalah sesuatu yang tidak lain daripada segmen yang membawa ekploitasi keatas masyarakat. Dengan menolak sama sekali teori Hobbes yang mengatakan bahawa hanyalah negara boleh menghalang keganasan, mereka mengemukakan argumentasi bahawa sebenarnya kuasa negaralah yang menyebabkan keganasan. Inilah teori konflik tentang kewujudan negara. Mereka menganggap bahawa jika orang ramai boleh melaksanakan satu cara untuk berkerjasama secara aman dan mengeluarkan kreativiti individu, negara dan penyekatannya terhadap kebebasan individu akan dihampuskan. Masalahnya dengan ini adalah "apakah" cara yang membolehkan keadaan ini wujud. Berlainan dengan perspektif para Marxis, negara adalah sesuatu yang tidak perlu, berbanding perlu dalam revolusi konflik antara kelas
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_(politik)
Monday, October 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment