hari pertama
sabtu-15.10.2010
para peserta atau ahli-ahli interim seksyen 2 telah berkumpul di hadapan bustop perpustakaan pada jam 2.00 petang lagi.seramai 45 orang peserta yang telah mengiluti rombongan ini.pada jam 2.30 bas telah bertolak dari UMS kekg garama,beufort.perjalanan ke tempat tersebut telah mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.sepanjang perjalanan para peserta tidak mempunyai aktiviti.pada lebih kurang jam 5.00 kami telah tiba di kg Garama dengan selamat.setiba disana,kami telah disambut dengan meriahnya oleh penduduk kg dan keluarga angkat.ketibaan kami diiringi dengan paluan kulingtangan iaitu muzik tradisi penduduk kampung.selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan pengarah program iaitu saudara azwan bin junad. dan diteruskan dengan pembahagian dan penyerahan kepada keluarga angkat masing-masing.pada majlis tersebut penyerahan sumbangan seperti beras turut diberikan kepada keluarga angkat.setelah selesai majlis,para peserta dibawa balik ke rumah kelurga angkat masing-masing.pada malam tersebut adalah bersama keluarga angkat tetapi kami pergi ke sekolah untuk menyiapkan banner yang belum digantung.
hari ke-2
16.10.2010
tepat pada jam 8.00 kami telah berkumpul di sekolah rendah garama untuk membuat persiapan motivasi pelajar pada jam 8.30.kami telah mengarahkan semua pelajar untuk datang ke astaka danke kaunter untuk pendaftaran bagi mendengar ceramah motivasi.setelah siap segala urusan pendaftaran,para peserta telah diberi motivasi oleh saudara azwan bin junad iaitu pengarah program tersebut. setelah ceramah selesai murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh dua orang fasilitator untuk membuat latihan dalam kumpualan(LDK).ldk ini turut disaksiakn oleh penyelaras INTERIM iaitu en.samsuidin.tepat jam 9.30 pengarah pusat kokum iaitu dr.bala suramaniam telah datang dan sekaligus telah membuat ucapanjuga motivasi kepada murid-murid.setelah tamat ldk,murid-murid akan mempersembahkan persembahan kumpulan mereka.majlis motivasi tamat dan para peserta akan menikmati jamuan makan tengah hari.majlis di jangka selesai dan bersurai pada jam 2.00.pada jam 3.00 para peserta datang ke sekolah untuk membuat gotong royong bersama-sama penduduk kampung untuk mengecat bangunan sekolah,membersihkan balairaya dan membersihkan kawasan sekolah.selepas itu,acara sukaneka telah diadakan bersama penduduk kampung,para peserta dan keluarga angkat masing-masing.antara acara yang di dipertandingkan ialah acara makan epal,tiup belon,cari gula-gula dalam tepung dan baling kelapa.tepat jam 5.00 petang acara dijamgka selesai.
malam
malam kebudayaan bersama penduduk kampung
pada jam 8.00 malam kami telah datang awal untuk menyediakan tempat.setelah semuanya selesai,majlis dijangka bermula.majlis dimulakan dengan semua peserta interim akan membuat persembahan koir.sebanyak dua buah lagu telah dipersembahkan.selepas itu para peserta akan membuat persembahan kebudayaan masing-masing bersama keluarga angkat.keluarga yang membuat persembahan terbaik akan diberikan hadiah.selama berlangsungnya majlis tersebut semua bergembira walaupun membuat persiapan pada saat-saat akhir.dan yang paling mengembirakan ialah keluarga dari kumpulan saya telah memenangi persembahan tersebut.pada malam itu semua peserta dan penduduk kampung telah bergembira bersama-sama.tepat jam 12.30majlis dijangka selesai dan balik ke rumah masing-masing.
hari ke-3
ahad 17.10.2010
tepat jam 8.00 semua peserta telah berkumpul di sekolah sk Garama.majlis penutupan akan diadakan dengan ucapan dari saudara pengarah program iaitu azwan bin junad ketua kampung,kampung garama.acara pemberian sumbangan kepada keluarga angkat yang terlibat juga telah diadakan.setelah itu,keluarga angkat juga diberi peluang untuk memberi cendera kenangan dan cendera hati kepada anak-anak angkat mereka.selaesai amjlis tersebut semua dijemput untuk menikmati makan tengahari.sebelum itu,para peserta akan bergotong royong untuk membersihkan kawasan sekolah dan kawasan yang patut dibersihkan..setelah selesai,semua peserta anak angkat akan bersalam dengan semua penduduk kampung garama sebelum berangkat pulang ke UMS.tepat ajm12.30 kami semau berangkat pulang dan tepat jam 3.00 petang kami telah tiba di UMS.
Tuesday, October 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment