Korea Selatan yang dikejutkan dengan serangan ke atas kapal selam miliknya Mac lalu, mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran bagi menghalang serangan kapal selam Korea Utara daripada berulang.Latihan itu mendapat sokongan jeneral Amerika juga bertujuan memberi amaran keras kepada Pyongyang.Pihak berkuasa tentera laut berkata, dalam latihan sehari yang diadakan di barat daya Korea Selatan, 10 kapal perang termasuk kapal pemusnah seberat 3,500 tan, melepaskan tembakan meriam dan menggugurkan bom antikapal selam bagi meningkatkan kesediaan menangkis sebarang ancaman.
Korea Selatan turut merancang dua latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Julai depan bagi menunjukkan kekuatannya untuk menghalang tindakan agresif Korea Utara.
Panglima kepada 28,500 tentera Amerika di Korea Selatan, Jeneral Walter Sharp, berkata Washington, Seoul dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan ‘meningkatkan usaha menentang dan membanteras ancaman yang timbul’.
-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seoul_Pyongyangterusgaduhisukapalperang/Article/index_html
Sunday, November 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment