Konsep undang-undang antarabangsa sebenarnya tidak mempunyai makna yang nyata. Ianya seperti kefahaman tentang ‘perang dingin’. Dari segi teorinya memang menakjubkan, tetapi secara praktikalnya maknanya tidak dapat dicapai. Konsep ini cacat dari asasnya lagi, dan adalah tidak menghairankan jika kita telah menyaksikan penyisihan PBB secara efektif oleh Amerika dan sekutunya.
Sebenarnya, undang-undang antarabangsa bagi orang-orang Barat dan orang-orang Timur adalah sama seperti mendukung agama, iaitu bukan sebagai undang-undang untuk dunia keseluruhannya. Ini kerana untuk menjadi undang-undang antarabangsa, ia mestilah bersifat sejagat, sesuai untuk semua bangsa dan ideologi. Walaubagaimanapun, realiti undang-undang antarabangsa yang wujud adalah satu undang-undang yang hanya sesuai untuk bangsa-bangsa yang kuat dan seiring dengan pandangan hidup kapitalisme. Selain daripada itu tidak diterimapakai. Sebagai contoh, persidangan hak asasi manusia PBB mewartakan bahawa manusia mempunyai hak kebebasan untuk bersuara yang mana secara asasnya bertentangan dengan aqidah Islam kerana sesiapa sahaja yang mengutuk dan menghina Rasulullah saw atau melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan shariah atau agama akan dihukum.
Wednesday, August 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment