UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
Tarikh: Isnin, 31 Mei 2004 @ 9:32:34
Topik: Semasa
--------------------------------------------------------------------------------
Sehingga kini konsep satu atau dua bangsa menyerang kedaulatan sesebuah negara tanpa adanya sokongan dari Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan. Politik antarabangsa berputar-putar sekitar konsep multilateral (berbilang pihak) dan undang-undang antarabangsa. Hari ini, Amerika telah menunjukkan dirinya dengan satu suasana politik baru; unilateral (satu pihak) dan kepentingan bangsa.
DASAR DAN PENERAPAN YANG MENGELIRUKAN
Kecelaruhan Undang-Undang Antarabangsa.
Sehingga kini konsep satu atau dua bangsa menyerang kedaulatan sesebuah negara tanpa adanya sokongan dari Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan. Politik antarabangsa berputar-putar sekitar konsep multilateral (berbilang pihak) dan undang-undang antarabangsa. Hari ini, Amerika telah menunjukkan dirinya dengan satu suasana politik baru; unilateral (satu pihak) dan kepentingan bangsa.
Amerika telah mengenepikan PBB dengan berkesan dan hasilnya para politikus dan pengkritik telah mempersoalkan peranan PBB sebagai benteng undang-undang antarabangsa. Pintalan pemikiran Amerika yang baru ialah PBB mesti menangani isu-isu kecil seperti pencabulan hak asasi manusia dan menjadi penimbangtara bagi perbalahan kecil, tetapi isu-isu yang berkait dengan kepentingan bangsa Amerika akan ditangani oleh Amerika secara unilateral (satu pihak). Ini jelas menunjukkan kesalahanggapan mengenai PBB dan tujuan undang-undang antarabangsa.
Umat Islam patut berfikir secara politik mengenai isu-isu ini dengan mempersoalkan beberapa soalan asas; sebenarnya wujudkah undang-undang antarabangsa dan adakah PBB wujud dengan objektif moral dan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain? Apakah alternatif lain yang Islamik kepada PBB dan undang-undang antarabangsa.
Adakah Undang-Undang Antarabangsa Sebenarnya Wujud di dalam Realiti?
Konsep undang-undang antarabangsa sebenarnya tidak mempunyai makna yang nyata. Ianya seperti kefahaman tentang ‘perang dingin’. Dari segi teorinya memang menakjubkan, tetapi secara praktikalnya maknanya tidak dapat dicapai. Konsep ini cacat dari asasnya lagi, dan adalah tidak menghairankan jika kita telah menyaksikan penyisihan PBB secara efektif oleh Amerika dan sekutunya.
Sebenarnya, undang-undang antarabangsa bagi orang-orang Barat dan orang-orang Timur adalah sama seperti mendukung agama, iaitu bukan sebagai undang-undang untuk dunia keseluruhannya. Ini kerana untuk menjadi undang-undang antarabangsa, ia mestilah bersifat sejagat, sesuai untuk semua bangsa dan ideologi. Walaubagaimanapun, realiti undang-undang antarabangsa yang wujud adalah satu undang-undang yang hanya sesuai untuk bangsa-bangsa yang kuat dan seiring dengan pandangan hidup kapitalisme. Selain daripada itu tidak diterimapakai. Sebagai contoh, persidangan hak asasi manusia PBB mewartakan bahawa manusia mempunyai hak kebebasan untuk bersuara yang mana secara asasnya bertentangan dengan aqidah Islam kerana sesiapa sahaja yang mengutuk dan menghina Rasulullah saw atau melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan shariah atau agama akan dihukum. Perkara yang sama boleh diperkatakan mengenai reaksi kerajaan China terhadap demonstrasi Tiananmen Square pada tahun 1989. Di mana langkah yang diambil oleh China untuk menangani masalah berkenaan telah melanggar kebanyakan pendapat dan perjanjian hak asasi manusia, tetapi ia tidak bertentangan dengan ideologi komunis kerana kritikan terhadap negara adalah jenayah yang boleh dihukum.
Jadi bagaimana mungkin undang-undang ini dapat diterapkan ke atas bangsa-bangsa yang tidak mengamalkan padangan hidup kapitalisme seperti barat? Oleh itu, secara fakta takrifan undang-undang antarabangsa yang wujud bukanlah undang-undang sejagat yang sesuai untuk semua bangsa tanpa mengira adat, kebiasaan dan ideologi. Tetapi sebenarnya ia adalah sebuah undang-undang khas untuk komuniti kapitalisme sahaja disebabkan asasnya adalah ideologi kapitalis. Dengan demikian, kita dapat melihat resolusi 1441 yang diluluskan oleh PBB dan asas kepada serangan ke atas Iraq sudah semestinya tidak dipanggil sebagai undang-undang antarabangsa, sebaliknya adalah inspirasi undang-undang kapitalis Amerika yang bertujuan menjajah Iraq yang mana bertentangan dengan Islam dan harus ditolak oleh umat Islam.
Lagipun, konsep undang-undang antarabangsa dan komuniti antarabangsa secara asas bertentangan dengan kedaulatan sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang kuat akan cenderung ke arah pelaksanaan polisi dan penyelesaian yang berkaitan dengan kepentingannya dan tidak akan menyerahkan kedaulatannya kepada bangsa, institusi atau negara kuat yang lain. Ini adalah fakta dasar dan penjelas kepada sejumlah keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan yang telah dilanggar oleh Israel, Amerika, Perancis, Britain, Rusia, China dan bangsa lain.
Adakah Amerika merujuk kepada konvesyen Geneva semasa menahan tawanan di Teluk Guantamo yang sehingga kini tidak didakwa secara formal dengan sebarang kegiatan jenayah? Pada hakikatnya, Amerika tidak pernah merujuk kes ini kepada pengadilan undang-undang antarabangsa. Adakah British merujuk kepada UNHCR apabila didatangi masalah kebanjiran pelarian ke negaranya, atau adakah ia melakukan pengubalan ke atas undang-undangnya untuk membolehkan ia berkhidmat dengan lebih baik untuk kepentingannya? Adakah Perancis merujuk kepada konvesyen antarabangsa ketika mengenepikan undi majoriti apabila menggunakan kekuasaannya ke atas Algeria setelah orang Islam Algeria memilih untuk hidup di bawah Islam?
Kesemua contoh ini menonjolkan perkara yang paling asas; bangsa-bangsa yang kuat tidak akan menyerahkan kedaulatan mereka kepada bangsa atau institusi lain. Akan tetapi, sesetengah orang menuding kepada Kesatuan Eropah sebagai satu contoh negara kuat yang mengambilalih kedaulatan ahli-ahlinya; Bank pusat Eropah menetapkan sendiri kadar faedah, Kesatuan Eropah mempunyai polisi luar negerinya sendiri dan sebagainya. Dimana kesemua perkara ini tidak dapat memberi sebarang kredibiliti kepada undang-undang antarabangsa tetapi sebaliknya memberi kredibiliti kepada undang-undang Kesatuan Eropah. Oleh kerana itu undang-undang Kesatuan Eropah berdaulat bagi negeri ahli-ahlinya dan bukannya undang-undang antarabangsa. Dengan itu, Kesatuan Eropah tidak akan menyerahkan kedaulatannya kepada undang-undang antarabangsa, jika tidak mereka akan hilangan nilai kemerdekaan.
Perbezaan yang kedua antara undang-undang Kesatuan Eropah dan undang-undang antarabangsa adalah undang-undang Kesatuan Eropah hanya berkaitan dengan ahli-ahlinya kerana mereka sanggup menjadikan undang-undang Eropah berdaulat di tanah mereka, mereka berkongsi ideologi yang sama, objektif dan kepentingan yang sama. Oleh itu, kedaulatan mereka telah dipindahkan kepada Kesatuan Eropah dan Kesatuan Eropah dapat dipandang sebagai sebuah negara berdaulat seperti British atau Amerika. Akan tetapi, undang-undang antarabangsa tetap diterapkan sama ada suatu bangsa itu menerima ataupun tidak; ianya diterapkan tanpa mengira ideologi sesuatu bangsa, adat atau kepentingannya. Ini sememangnya bertentangan dengan kedaulatan dan sekiranya pemaksaan dilakukan, ia adalah satu bentuk penjajahan. Inilah sebenarnya yang telah dikenakan ke atas Palestin oleh undang-undang antarabangsa apabila PBB mengesahkan penjajahan Al-Quds oleh Yahudi Zionis pada tahun 1948.
Perkara terakhir yang perlu diambilkira adalah bagi setiap bangsa, undang-undang mestilah disertai dengan kekuatan untuk menerapkannya. Tanpa kekuasaan ini undang-undang tersebut tidak mempunyai sebarang makna. Sebagai contoh, sekiranya tiba-tiba kekuasaan di British dimansuhkan daripada melaksanakan undang-undang, maka rakyat di negaranya akan mengambil peluang dan melanggar hak-hak orang lain, melakukan ketidakadilan dan sebagainya. Keadaan tersebut lebih jelas seperti yang berlaku di Iraq ketika ini. Dimana undang-undang sebelumya sudah itu tidak bermakna lagi. PBB tidak mempunyai sebarang kekuasaan sebenar untuk menerapkan undang-undangnya. Oleh yang demikian, kita mendapati secara realiti, undang-undang antarabangsa sebenarnya tidak mempunyai apa-apa makna kerana tidak diterapkan oleh mana-mana kekuasaan untuk digunapakai.
Apabila PBB menghantar pasukan pengaman di bawah panji-panjinya, ini sepatutnya tidak dikelirukan dengan kekuasaan. Ini kerana pasukan tersebut dikumpulkan oleh bangsa-bangsa bersekutu dan bukan oleh kuasa antarabangsa itu sendiri. Ini bermakna bukan PBB yang mengarahkan kekuasaan itu tetapi sebenarnya bangsa-bangsa bersekutu yang mengarahkannya. Jadi apabila pasukan PBB pergi ke Bosnia dan dengan dahsyatnya menyerahkan Bosnia kepada Slovodan Milosovic dan Ratko Mladic, undang-undang PBB tidak diarahkan oleh PBB sendiri tetapi oleh pasukan Belanda, Kanada, British dan sebagainya.
Perbezaan ini sangat penting kerana apabila tidak ada bangsa-bangsa bersekutu menerapkan undang-undang atau resolusi tertentu, PBB sebenarnya tidak mempunyai sebarang kekuasaan dan undang-undangnya tidak mempunyai sebarang makna. Apabila Ariel Sharon melakukan pembunuhan ke atas kaum Muslimin di Sabra dan Shatila, jelas undang-undang antarabangsa telah dicabuli tetapi PBB tidak dapat mengambil sebarang tindakan undang-undang. Ini kerana, tidak adanya bangsa-bangsa bersekutu yang mahu membawa Ariel Sharon dan kerajaan Israelnya ke muka pengadilan. Oleh kerana itu, kita dapat melihat bagaimana PBB sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan sendiri untuk menerapkan undang-undang tersebut dan ini membuatkan undang-undang antarabangsa yang wujud tidak memberi sebarang bermakna apapun.
Aspek lain bagi hal ini adalah sekiranya PBB bergantung kepada pihak bersekutu antarabangsa untuk melaksanakan resolusinya maka ini adalah satu pencerobohan dan bukannya satu pelaksanaan undang-undang. Ini kerana jika Amerika dan British membuat keputusan untuk tidak mematuhi undang-undang, sepertimana beberapa kes yang telah terjadi di masa lalu, siapakah yang boleh memaksa undang-undang tersebut ke atas mereka? Lagipun sekiranya kuasa-kuasa ini menerapkan undang-undang antarabangsa dan pada masa yang sama melanggarnya, sekali lagi tiada negara yang akan mengenengahkan perkara ini. Serangan Amerika ke atas Afghanistan dan yang terbaru Iraq berdasarkan bukti-bukti palsu adalah satu contoh klasik bagi perkara ini. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi kebanyakan bangsa di dunia ini menentang peperangan ini, namun demikian tidak ada satu negara pun yang mampu menghalang tindakan Amerika. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang antarabangsa oleh negara-negara yang kuat ke atas yang lemah adalah satu pelanggaran dan satu bentuk penjajahan. Maka dengan itu, amat jelaslah sekali bahawa adalah tidak memungkinkan undang-undang umum antarabangsa diterapkan ke atas semua negara.
Tradisi Antarabangsa Wujud Di Dalam Realiti
Apa yang mungkin mengelirukan adalah perbezaan antara undang-undang antarabangsa dengan tradisi antarabangsa. Tradisi antarabangsa telah wujud berabad-abad dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab moral. Ia wujud kerana bangsa-bangsa di dunia ini memerlukan beberapa kebiasaan yang umum bagi membolehkan komunikasi dan membentuk kerjasama dan sebagainya. Sebagai contoh, adalah menjadi tradisi antarabangsa bahawa tidak boleh membunuh utusan dan diplomat apabila mereka menyampaikan perutusan. Ini adalah satu amalan tradisi antarabangsa yang sudah berakar umbi dan dilaksanakan tanpa adanya paksaan dari pendapat umum kerana mana-mana bangsa yang membunuh seorang diplomat asing akan dipandang sebagai pengkhianat bangsa dan akan membangkitkan kemarahan manusia sedunia. Walaubagaimanapun, tradisi-tradisi ini bukan dan tidak boleh dilaksanakan oleh satu badan antarabangsa seperti PBB.
Bagaimana Hendak Membawa Keamanan, Keadilan dan Kemajuan kepada Manusia
Jelaslah bahawa undang-undang antarabangsa tidak wujud dan tidak mampu wujud sebenarnya. Apa yang kita saksikan adalah sebenarnya manipulasi idea undang-undang antarabangsa oleh negara-negara kuat untuk mengesahkan kepalsuan dalam agenda penjajahan mereka. Sebagai contoh, Iraq telah diserang semasa Perang Teluk Pertama oleh Amerika, campurtangan ini kerana Iraq dianggap telah mencerobohi Kuwait. Sedangkan beberapa bulan sebelum Iraq menceroboh Kuwait, Amerika telah menceroboh Panama tanpa mandat atau resolusi daripada PBB. Ini adalah satu contoh daripada banyak contoh manipulasi undang-undang antarabangsa oleh negara-negara kuat untuk menyesuaikannya dengan matlamat politik mereka.
Umat Islam sepatutnya sedar dan tahu bahawa satu-satunya jalan untuk mengembalikan keamanan, keadilan dan kemajuan ke atas kehidupan manusia adalah dengan mengambil satu ideologi yang benar iaitu Mabda Islam. Ini kerana telah terbukti akan menyatukan umat Islam di bawah ideologi Islam yang mana telah dilaksanakan oleh negara Khilafah selama lebih dari seribu tahun. Allah swt telah berfirman:
“Dan barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Maidah:45)
Oleh itu, umat Islam sepatutnya tidak terus-menerus terlena dibuai mimpi dengan fakta bahawa undang-undang antarabangsa telah lemah kerana ia adalah satu konsep yang paling bahaya dan kejam. Sungguh ironik suasana politik baru unilateral atas dasar ‘pembebasan’ tanpa memandang undang-undang antarabangsa ialah mungkin suasana yang konduksif untuk negara khilafah yang akan datang. Ini kerana sebaik sahaja ditubuhkan, negara khilafah boleh mengambil tindakannya sendiri dalam urusan hal ehwal negeri, bebas daripada paksaan undang-undang antarabangsa PBB, misalnya pelaksanaan hukum hudud. Ia juga bebas melaksanakan kemahuannya dalam polisi luar negara, secara unilateral dan bertentangan dengan PBB apabila terlibat dalam jihad disebabkan kebiasaan yang telah dilakukan oleh Amerika.
Hari ini, umat Islam mesti memahami bahawa pada peringkat penerapan, mereka mesti menolak undang-undang antarabangsa sebagai asas kepada penyelesaian masalah mereka kerana ia bertentangan dengan hukum syara dan mendatangkan kesengsaraan kepada dunia amnya. Kedua, umat Islam mestilah mencabar pemimpin-pemimpin negara Muslim di mana mereka bulat-bulat patuh kepada undang-undang antarabangsa sedangkan undang-undang antarabangsa itulah yang digunakan sebagai kayu untuk memukul rakyat mereka. Pemimpin-pemimpin ini mesti dicabar dan disingkirkan; tekanan mesti dikenakan ke atas mereka supaya orang-orang yang mampu membawa perubahan mendapati adalah lebih mudah untuk berbuat demikian jika orang ramai bersama dengan mereka. Ketiga, umat Islam sepatutnya bergabung dengan mereka yang bekerja bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan mengikuti jalan Rasulullah saw dan membantu mereka dengan segala kekuatan yang ada. Insya-Allah tindakan praktikal sebegini akan membantu kita mengembalikan semula kehidupan Islam supaya kita benar-benar dapat membebaskan manusia dari kesengsaraan dan ketidakadilan.
--------------------------------------------------------------------------------
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=1286
Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment