Thursday, October 15, 2009

cinta seorang rockers


Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

Saturday, October 10, 2009

program anak angkat

hari ni merupakan hari kedua program anak angkat kbs..
memang menyeronokkan la,,bezt gila ni..
semua keluarga angkat sporting gilak..
mlm ni aku menanyikan lagu mailbox..
huhuhu..pengalaman manis la jg,
kena paksa ni,,
tp yg paling penting enjoy la..
hehehe
nt ceta balik k..

Saturday, October 3, 2009

program angkat anak


9hb 10 ni kmi akan mengadakan program anak angkat
kat kg sg bebuloh,kg tg aru dan sg bedaun labuan..
program ini adalah ajuran bersama sekteriat rakan muda dan
interim..so tak sabar rasanya nk mengikuti program ini..
hehehe..rasa exited pula..
nt kalo dah program ni saya ceta balik k..
salam..(^_-)

Wednesday, September 30, 2009

tak sabar nak abizz..

bulan 11 ni akan berakhir la kehidupan di labuan..
kenapa??
ini kerana pada 18hb.11 ni aku akan abis da..
24hb study week,tak tau lg blik ka tidak..
2hb bermula la final exam..
apapun,
i must to struggle for my life..
that all..thank
=)

Wednesday, September 16, 2009

yeah..besok balik

salam..
hati bagai di gamit rasanya nak balik kampung..
rindu sesangat,rasa macam nak terbang je nak balik..
apapun,raya ni macam mo berabis beraya la
tp rasanya tak dapat beraya sakan sbb kn
persediaan pn tak buat..
huhuhuh
ni pn family yang buat persiapan untuk saya..
apapn thank la kt mereka sbb ssh2 je..
huhuhuh
tp klo takde pn xpe..
xkn balikkkkk pnya..
biar la bawa hati yang lara di sini
k tu je la..
nt pas blik raya bru ceta blik..
selamat hari raya maaf zahir batin..
selamat makan kuih raya jg,jgn lupa aku klo makan tuuu..
barangdinakan,kawan2,n yang mengenali dari ini jgn terkezuut..
kalau aku ada depan pintu korang beraya erk..
huhuhuhu.
k la selamat eid mubarak,kemenangan bagi kita semua..
segala salan,silap harap di maafkan,terkasar bahasa,terlanjur bicara harap sama diampunkan..
0-0 yaaa..
yang lupa hulur-hulurkan tangan 2..

Monday, September 14, 2009

tak sabar nak balik!!!

smpai ari ni aq masih ada kelas..huhu
sedihnye...
ni baru first time aq beraya jauh2.
rasa mcm perantau pula..
sedih dan rindunye tak terkata..
hanya TUHAN saja yang tau mcmna rasa hati ini..
rasa macam nak terbang je nk balik kg..
tapi memandangkan saya da taubat da,
tk nk lg ponteng2..
dah adatnya menuntut ilmu..
perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi..
apapun,penanti itu satu penyeksaan..
so sabar ja la,tunggu 18hb ni..
dlm bulan ni 3 kali da menangis..
sbb tk biasa dgn keadaan..
raya nanti nk jumpa sanak saudara,kawan2,dan suma la yang aq kenal..
mo jg bersua muka dgn durg..
huhuhu..
itu ja la setakat ni..
apapun,
selamat hari raya maaf zahir dan batin..0-0 erk..
salam(-_^)peace

Wednesday, September 9, 2009

cinta lagi!!!

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah