Sunday, February 28, 2010

cerita adam untuk hawa

Hawa… .
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa… .kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu… .dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini… .

Hawa… .
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa… sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan… .

Hawa… .
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa… cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah… Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini… kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita… Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah… kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi… langkahmu kian pantas… .apa sebenarnya yang engkau kejari?… ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini… Sedarkah kau Hawa… .. ? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!

Hawa… .
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai… ..Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini… .

Hawa… .
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan… .Aku tidak mahu Hawa… suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya… seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan … aduh!! banyaknya seksaan menantimu!… Mengapa begitu Hawa Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??

Hawa…
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri… .Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian… tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu… !!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa… .
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu… Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu… ..

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya… ”

Hawa… .
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu… Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan… .Akhir kata ,ketahuilah… … … … .

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”

Tuesday, February 23, 2010

perang

Selepas Perang Dunia Kedua
Perang Dunia II (WW2), 1938-1945, memperlihatkan kemusnahan luas yang tidak pernah berlaku (55 juta orang mati, kebanyakannya orang awam), dan ketersediaan senjata yang membolehkan pemusnahan bandar. Sesetengah kelakuan keatas orang awam merupakan keganasan yang paling teruk pernah direkod, dan dilihat sebagai jenayah keatas manusia sendirinya. Apabila perang mula menghampiri penghujungnya, kedengaran ramai suara-suara kejutan memanggil penubuhan institusi-institusi yang boleh secara mutlak mengelakkan konflik di persada antarabangsa. Ini bersambungkan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1945 di bandar San Francisco, yang kemudiannya mendukung Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1948. Akan tetapi, ramai yang berpendapat bahawa PBB sebagai satu forum untuk perbincangan dan koordinasi diantara kerajaan-kerajaan yang berdaulat, tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk tanggungjawab ini. Beberapa orang yang prominen seperti Albert Einstein, Winston Churchill, Bertrand Russell dan Mahatma Gandhi, memanggil kerajaan-kerajaan untuk mengambil langkah-langkah beransur-ansur kearah satu kerajaan dunia.

Tahun-tahun diantara penutupan WW2 dan 1950, apabila Perang Korea bermula dan mentaliti Perang Dingin menjadi dominan dalam politik antarabangsa, adalah "zaman keemasan" gerakan persekutuan dunia. Karya Wendell Wilkie, "Satu Dunia" (One World) yang diterbitkan pada tahun 1943, laris sebanyak 2 juta cetakan. Satu lagi buku karya Emery Reves "Anatomi Keamanan" (The Anatomy of Peace) pada tahun 1945 pula meletakkan asas-asas argumentasi untuk menggantikan PBB dengan satu persekutuan dunia dan menjadi "bible" penyokong kerajaan dunia. Peringkat akar umbi gerakan persekutuan dunia di Amerika Syarikat yang dipimpin orang-orang seperti Grenville Clark, Norman Cousins, Alan Cranston dan Robert Hutchins menjadi struktur oraganisasi yang semakin membesar, dengan kemuncaknya menjadi Kesatuan Persekutuan Dunia pada tahun 1947 (kemudiannya menjadi Persatuan Persekutuan Dunia, dan Rakyat untuk Penyelesaian Global mendakwa bilangan ahli mencapai 47,000 pada tahun 1949.

http://www.wapedia.mobi/ms/kerajaan_dunia/24.02.2010

kesan perang

Peperangan juga membawa erti pembunuhan dan kemusnahan. Ramai jiwa akan terkorban, lebih ramai manusia akan cedera dan lebih banyak sumber dunia yang akan musnah. Peperangan yang menggunakan senjata moden boleh membawa kemusnahan lebih besar dan boleh mengakibatkan kerosakan lebih luas. Ramai pihak yang lemah lagi tidak bersalah, orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak dijangka turut menjadi mangsa peperangan. Ramai isteri akan menjadi janda, ramai suami boleh menjadi duda, ramai anak yang akan menjadi yatim, ramai ibu dan ramai ayah yang akan kehilangan anak, ramai abang dan kakak yang akan kehilangan adik dan ramai adik yang akan kehilangan abang dan kakak.



Urusan perdagangan dan urusniaga dunia akan terjejas secara langsung. Bekalan minyak akan tergendala, dan harga minyak akan naik. Sektor pengangkutan dan sektor pelancongan juga akan menghadapi kemelesetan jika perang ini berlarutan dan merebak. Ekonomi dunia akan kembali muram. Pengangguran dijangka meningkat. Kesan peperangan ini akan mencetuskan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh ramai warga dunia.

http;//www.pmo.gov.my/ucapan/?m=pmp=paklahtpm&id=3278

rumusan penulisan akademik

sungguhpun perang-perang yang berlaku telah membawa pelbagai bencana,fenomena dan kesan buruk terhadap sistem politik antarabangsa dan dunia kita mestilah meneliti fenomena atau kejadian yang khusus daripada perang tersebut terhadap sistem politik negara-negara yang terlibat.namun demikian, kesan-kesan perang yang melanda poltik antarabangsa perlu di cari jalan penyeleaiannya,bukan hanya terhadap negara-negara yang terlibat tetapi terhadap negara yang tidak terlibat juga harus berusaha mencari jalan perdamaian melalui cara diplomasi.dalam menyelesaikan perkara tersebut kekerasan dan peperangan tidak seharusnya di gunakan.semua usaha untuk memahami aspek-aspek kehidupan politik yang terpisah diperingkat antarabangsa perlu difahami oleh negara-negara di seluruh dunia.diplomasi penting dalam mencapai dialog antara negara dalam hal-hal politik untuk mencegah berlakunya percanggahan pendapat yang berlaku sebelum ini antara di negara-negara yang terlibat.seperti yang di ketahui,perang -perang yang terdahulu dan pernah berlaku telah mengakibatkan banyak kemusnahan.hal ini telah mengambil masa untuk proses pembangunan semula sesebuah negara sama ada dari segi,ekonomi,sosialdan politik antarabangsa amnya..bagaimanapun,kita perlu mencari pendekatan-pendekatan yang strategik dalam menangani masalah ini.

Monday, February 22, 2010

pengenalan penulisan akademik

politik antarabangsa menurut buku k.j hosti- politik antarabangsa, suatu rangka kerja analisis.penterjemah,hal 21 politik antarabangsa bermaksud kajian tentang dasar luaryang menunpukan perhatian pada soal menghuraikan kepentingan,tindakan dan unsur-unsurkuasa negara-negara besar dunia.oeh itu,kesan-kesan perang yang berlaku banyak mempengaruhi banyak segi terutamanya politik,ekonomi,sosial dan banyak lagi.kesan perang terutamanya dari segi politik antarabangsa telah memberi kesan yang mendalam pada sistem politik-politik dunia.dalam kajian klasik tentang perang,Quincy wright telah mengenalpasti sebanyak 278 perang telah berlaku antara tahun 1480-1941.walaupun kuasa-kuasa besar telah berjaya mengelakkan berlakunya perang termonuklear semasa memuncaknya perang dingin,keganasan antarabangsa telah meletus dengan berbagai-bagai peringkat seriusnya di hampir tiap-tiap kawasan di seluruh dunia yang menyebabkan berlakunya konflik politik antarabangsa. sejak perang dunia ke dua antara tahun 1945-1967 terdapat 82 pertempuran telah berlaku termasuk 26 perang antara negara.hal ini telah mendatangkan implikasi dan kesan antarabangsa seperti politik,ekonomi,sosial dan sebagainya.

penulisan akademik

perang dan politik antarabangsa

oleh sebab fungsi rasional peperangan adalah untuk mencapai matlamat politik,dengan melibatkan harga atau kos yang dapat diterima hadnyadan engan menggunakan kekerasan,maka pembuat dasar jerman pada tahun 1914 tidak bertindak secara rasional.IAN SMITH,perdana menteri tanah jajahan rhodesia yang bertaraf pemerintahan sendiri tidak mempedulikan bangsa-bangsa bersatu dan kebanyakkannya negara afrika dan dengan secara sebelah pihak sahaja.
mengistyiharkan kemerdekaan itu,namun demikian pengisytiharan kemerdekaan itu boleh boleh mendatangkan kerosakan ekonomi yang teruk kepada negara.oleh itu,ianya juga boleh menbawa peperangan dengan negara afrika yang lain atau menimbulkan perang saudara antara 6 juta orang bangsa rhodesia,kulit hitam dengan 200000 orang penduduk kulit putih.jika dilihat lebih jauh lagi,kita dapat melihat kejadian yang serupa dalam sejarah yang melampaui batas masa ,tempat dan tokoh manusia yang terlibat dalam perang perang yang berlaku.pada kurun ke 8 s.m,putera-putera raja yang memerintah negeri yang baru ditubuhkan di china berjaya mencabar kuasa dan kewibawaan maharaja china dan dengan demikian mereka telah menamatkan sistem fuedalchina.begitu jg pada tahun1648,para diplomat eropah dan puter putera raja telah berkumpuluntuk menandatangani perjanjian damai untuk menamatkan perang 30 tahun.mereka juga mengisytiharkan bahawa mulai tarikh itu,ketua empayar rom tidak bolel lagi meluaskan empayar kekuasaaannya ke kawasan yang lain.namun demikian,apabila semua kejadian dan fenomena perang dunia dianalisis dari segi peringkat abstraksi tertentu-tidak semata-mata sebagai fakta demi kepentingan sahaja-kita mendapati bahwa keadaan-keadaan ini menpunyai ciri -ciri yang sama dan memberi kesan yang mendalam terhadap politik dunia pada masa kini.dalam pada itu,perang -perang yang berlaku boleh membawa pelbagai bencana dan kesan-kesan dalam sistem politik antarabangsa dan dunia.china dan pemerintah kawasan yang berdaulat di eropah pada 2000 tahun kemudiannya,berazam untuk menamatkanperaturan atau sistem politik yang menbolehkan maharaja campurtangan dalam hal-ehwal pemerintahan.tidak kira apakah konteks sejarah dan geografinya,orang-orang yang menbuat dasaruntuk berbagai-bagai jenis unit politik tetap menberi kesan dan akibat daripada perang-perang yang pernah berlaku terdahulu.peperangan yang berlaku adalah untuk sesuatu suku bangsa,untuk negara kota,empayar dan untuk negara moden kebangsaan hari ini.kesan perang ini juga telah memberi kesan dalam mencapai matlamat atau kepentingan mereka,dengan menggunakan teknik-teknik asas iaitu peperangan.hal ini bagi mencapai sesutu perkara dalam kepentingan politik sesebuah negara.negara yang kuat akan menguatkan kuasa politiknya dan negara-negara yang menpunyai kuasa hegemomi akan mempunyai kuasa politik yang kuat.hal ini terbukti dengan terjadinya perang-perang dunia yang telah berlaku.namun begitu,bagi mereka yang biasa dengan institusi antarabangsa seperti PBB, mahkamah keadilan antarabangsa atau dengan persatuan pelbagai negara dan mereka tentu tahu cara dalam menyelesaikan pertikaian poliyik yang berlaku antara negara - negara yan g terlibat.kesan peperangan yang amat ketara dalam politik antarabangsa ialah penaklukan iraq,kebuluran di somalia,keadaan yang tidak stabil di selatan thailand dan banyak lagi peristiwa-peristiwa perang yang berlaku banyak mempengaruhi sistem politik antarabangsa.

kesan perang terhadap politik

Peperangan yang berlaku juga telah memberikan kesan yang cukup penting iaitu masyarakat Asia terpaksa menandatangani perjanjian. Perjanjian-perjanijian yang ditandatangani telah menyebabkan masyarakat Asia kehilangan wilayah-wilayah dan tanah jajahan. Hak milik mereka tela dirampas oleh kuasa-kuasa asing. Sebagai contoh kesan daripada peperangan Inggeris-Burma, perjanjian Yandabo telah ditandatangani. Akibatnya masyarakat Burma kehilangan hak keatas tanah dan wilayah sehinggalah Perang Inggeris-Burma ketiga ( 1855-1856 ) yang mengakibatkan seluruh Burma ditakluk oleh Inggeris. Begitu juga kesan perang Jepun-China ( 1894-1895 ) yang mengakibatkan kuasa imperialis menjadikan negara China seperti kek yang telah dibahagi-bahagikan sesama mereka. Berdasarkan bukti tersebut jelaslah peperangan hanya menyebabkan masyarakat di negara-negara Asia kehilangan kuasa. Ini keran perjanjian yang ditandatangani antara mereka hanyalah mengenyangkan golongan penjajah sebaliknya masyarakat Asia terus menahan kelaparan.

Dalam aspek polotik juga, peperangan yang telah berlaku meyebabkan segelintir negara Asia mengubah dasar dan pemikiran untuk kepentingan polotik antaranya ialah Siam dan Jepun. Di Siam pada permulaannya melaksanakan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu sejak abad ke 17 terhadap penjajah barat. Walaupun raja Rama II (1808-1825) dan Rama III ( 1825-1852 ) menjalinkan hubungna dengan kuasa barat seperti Inggeris dan Perancis melalui perjanjnian seperti perjanjian Burney. Siam tetap menghadkan segala hubungan dengan barat , sehingga meyebabkan kuasa barat merasa tertekan. Raja Rama III merasa curiga keatas niat dan takut akan memberi kesan politik dan sosial seperti yang berlaku di negara Asia lain yang menagmbil dasar buka pintu. Namun demikian Raja Rama III iaitu Raja Mongkut ( 1852-1868 ) mengambil keputusan untuk membuka pintu perdagangan kepada dunia barat. Baginda bertindak demikian keran melihat situasi kuasa barat yang menggunakan dasar kekrasan untuk menjajah negara-negara Asia yang enggan membuka pintu. Baginda sedar jika mahu mengekalkan kemerdekaan Siam , dasar pintu tertutup harus di tamatkan dan negara Siam dibuka kepada hubungan perdagangan dan diplomatik barat. Antara langkah baginda ialah dengan menandatangani satu perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan barat iaitu perjanjian Bowring pada 18 April 1853.



Selain itu juga, melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara kuasa barat dengan negara Asia telah menyebabkan negara Asia terpaksa menerima penasihat dari barat untuk membantu sistem pentadbiran negara-negara Asia.contonya boleh dilihat di negara Burma, setelah kekalahan Burma keatas British sebanyak tiga kali. British telah mengambil alih pentadbiran Burma dan menempatkan seorang resident British dan melantik seorang duta Burma ke Calcutta. Begitu juga di Vietnam, pentadbiran perancis telah meletakkan seorang penasihat di vietnam. Ini telah mencabar kedaulatan negara-negara Asia.

Manakala jika dilihat daripada aspek akonomi, kebanyakan masyarakat Asia telah banyak menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Peperangna yang meletus telah meragut banyak jiwa. Malahan wabak penyakit pula yang datang mengundang akibat kekurang sumber makanan yang berzat. Ditambah pula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi. Contohnya di Indonesia bagi menjana semula ekonomi di sini, kerajaan Belanda telah memansuhkan undang-undang pembatalan kontrak sewa tanah dan memperkenalkan sistem tanaman paksa yang jelas manunjukkan penindasan masyarakat Asia oleh penjajah. Ternyata tindakan Belanda ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja sedangkan masyarakat terus melarat.

Kekalahan negara-negara Asia keatas kuasa barat juga telah meyebabkan negara barat mengambil tindakan sesukahatinya dengan memaksa negara Asia membayar ganti rugi sebagai pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung semasa peperangan. Di Burma, pihak Inggeris telah memaksa Burma supaya membayar pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris. Di China pula semasa perang candu berlaku, pihak Inggeris telah banyak kerugian akibat tindakan China yang merampas candu daripada Inggeris. Kekalahan China keatas Inggeris dalam perang candu telah memberi kesempatan kepada Inggeris untuk memaksa China untuk membayar ganti rugi keatas candu yang dirampas. Begitu juga kekalahan China keatas British, dalam perang British-China telah memaksa China membayar ganti rugi kepada British dan Perancis. Ini telah merugikan pihak China dam pemberontakan Boxer, ini juga telah dipaksa oleh British supaya membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael dan jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan. Ini menyebabkan ekonomi China mengalami kemelesetan yang teruk dan dikuasai orang asing sahaja.

Tuesday, February 9, 2010

zahirkan cintamu

Wahai kawan2 ku...
Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah wahai kawan2 ku..!
Tulislah madah cinta mu
Tulislah puisi cinta mu
Tulislah apa2 yang telintas dihati mu!
Rasakan getaran suara hati naluri mu
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia!
Wahai kawan ku...!Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
Komentar sana komentar sini!
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahasia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta!

love a lots

cinta ku sudah lama tumbuh atas namanya
sekian hari...sekian waktu...sekian saat
namanya tetap berdegup bersama jantung yang berdetak..
mengingatnya membawa ku melambung tinggi ke angkasa...
tahukah kau....
apa ini yang disebut cinta..
atau kah hanya sebuah angan kosong
yang terukir atas nama cinta

cinta harus ku ungkapkan

Terlalu lama ku pendam
Semua rasa ini padamu
Kini ku sudah tak tahan
Ku ingin kau tau semua..
Aku lebih dulu mencintaimu
Aku lebih dulu mengenalmu
Bukannya dia..
Cinta itu harus diungkapkan
Cinta itu harus memiliki
Tak kan kulepaskan dirimu
Memang tinggi egoku
Namun.. ingin ku miliki dirimu..
Demi cinta yang t`lah lama ku pendam
Demi mengganti semua pengorbanan
Yang t`lah ku lakukan untukmu
Kau harus jadi milikku..

jatuh cinta lagi..

Saat pertama kali ku melihatmu
Jantungku mulai berdegup kencang
Sejak saat itu
Malam-malamku penuh mimpi tentangmu
Setiap kali bersamamu
Serasa ku terbang melayang
Anganku membawamu turut serta
Menghadapi ribuan bintang di langit
Aku jatuh cinta padamu
Jatuh cinta yang pertama
Aku jatuh cinta padamu
Dan kau pun begitu padaku
Ku mohon.. jangan lukai aku..
Ini yang pertama buatku
Ku ingin yang paling indah
Walau pun nanti berpisah
Kisah ini tak kan terlupakan..

what have wif love??

Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua
Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana
Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu
Ada apa dengan cinta

cinta itu derita

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

love and life its so complicated

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
www.friendster.com/reptuz
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

cinta yg tak sudah2

Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah

selagi ada cinta,jejaklah cinta di hatimu..
my love and life its so complicated..